Kehidupan dan kerjaya Omar_Suwita

Beliau dilahirkan pada 1923 di Melaka. Beliau sering melakonkan watak jahat atau antagonis disebabkan mempunyai perwatakan yang serius dan tidak banyak bercakap. Selain itu beliau juga merupakan seorang pemuzik yang baik, dan memiliki suara yang sedap, menurut Dato' Aziz.

Omar mula menceburi bidang lakonan melalui filem Ribut dan diikuti dengan Hati Iblis. Watak utama yang dipegangnya adalah dalam filem Siapa Salah pada tahun 1953.

Pada masa yang sama, Omar sempat merakamkan lagu lagu "Suka Sama Suka" bersama Allahyarhamah Datin Rafeah Buang pada 1950-an.[1] Selain menyanyi, beliau juga pandai bermain gitar, malah pernah mengajar komposer terkenal, Kassim Masdor.

Beliau telah terlantar sakit selama sembilan tahun lalu dan ini telah dua kali perlu mendapatkan rawatan susulan di hospital. Pada Ogos 2010, pihak FINAS dan Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan di bawah Datuk Seri Dr. Rais Yatim telah menyumbang bantuan Tabung Kebajikan Penggiat Seni (TKPS) kepada pelakon veteran Omar Suwita di Hospital Universiti Kebangsaan Singapura. Bantuan berjumlah RM5,000 itu disampaikan oleh Timbalan Ketua Pengarah (Operasi), Mohd Zulkifli Ab.Wahab. [2]

Omar yang berasal dari Melaka meninggal dunia kerana sakit tua di Hospital Khoo Teck Puat, Singapura pada 11 Februari 2013 dan meninggalkan seorang balu serta tujuh anak, dua lelaki dan lima perempuan. Beliau dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Pusara Abadi, Jurong.[3]